GPS Google Maps Pening Jika





gps google maps
gps google maps

minggu lepas rakan kahwin kat selayang baru dan ada rumah terbuka di klang tapi disebabkan buta jalan so terpaksa menggunakan khidmat GPS Google Maps bagi memudahkan perjalanan.

bertolak dari rumah dalam kul 1 ptg sampai la berdekatan jalan kuching semuanya berjalan lancar sehingga terjumpa 3 cabang jalan GPS mabuk laut sehingga menyebabkan kitaorang tersalah ambil jalan dan terpaksa berpatah balik.. make a u-turn kata GPS google maps. aduii. dia yang lambat loading salahkan kita pulak.

nak kata internet slow tidak gak baru je perbaharui tapi disebabkan sesetengah jalan line tak clear so loading gps jadi perlahan dan menyebabkan kekeliruan berlaku bila ada jalan bercabang banyak dan bertindih..

akhirnya sampai juga ke selayang baru.. nasib baik jalan yang lain mudah dibaca… lepas habis jumpa kawan dan makan di kenduri kahwin dalam kul 3.30 kitaorang bertolak pula ke klang. Perjalanan ke klang agak mudah senang untuk di baca dan kebanyakkan hanya jalan lurus sahaja sehingga tiba di klang dan banyak cabang tersilap sekali lagi bila ada jalan bertindih highway dan bawah highway dah sesat sekali lagi. GPS bising make u-turn, make u-turn aduii.. bila dah u-turn suruh adik bawa perlahan sikit takut loading gps perlahan dan terbabas lagi.. so bawa la perlahan sikit..

sampai la satu lorong ni tetiba gps suruh jalan terus padahal dah jalan mati depan tuh rumah orang dah.. dia suruh terus gak.. kih kih kih.. memang kena kencing dengan gps la kitaorang ni.. sabar jela.. so kitaorang berpatah balik keluar dari lorong perumahan tetiba gps berbunyi lagi go straight and turn left.. eh eh.. tak mintak maaf tetiba sibuk je suruh org ikut jalan lain.. sabar jela.. last-last sampai juga akhirnya..

so.. ada sesiapa ada alternatif lain tak selain google maps yang lebih mudah untuk di baca dan dilihat.. ?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.