Ancaman Zitmo Mencuri Maklumat Perbankan





malware
malware

Ancaman Zitmo (Zeus-in-the-mobile)Malware yang dipanggil Zitmo (Zeus-in-the-mobile), didapati sedang mencuri maklumat perbankan dalam talian daripada peranti mudah alih berasaskan android. Malware yang sama juga didapati berupaya menjangkiti telefon jenis Blackberry sebelum ini.

Pada PC yang dijangkiti, malware tersebut akan meminta pengguna memberikan nombor telefon mereka. Kemudian, ia akan menghantar SMS kepada nombor tersebut berserta dengan pautan untuk memuat turun program jahat ke dalam telefon pintar. Setelah dimuat turun, malware itu akan dihidup dan sedia untuk mengambil kandungan SMS yang diterima termasuk nombor TAC perbankan dalam talian. Dengan ini, malware tersebut telah menjangkiti kedua-dua PC dan telefon.

Oleh itu, setiap kali pengguna masuk ke laman perbankan dalam talian yang sah, ia akan memantau aktiviti pengguna dan menyimpan segala maklumat login termasuk nombor TAC. Kesemua maklumat yang dikumpul akan dihantar ke satu lokasi yang tidak diketahui menerusi internet di mana ia digunakan oleh penjenayah untuk mendapat keuntungan.

MCMC menasihatkan rakyat di negara ini untuk lebih berhati-hati dalam urusan transaksi dalam talian dan memuat turun aplikasi. Dengan menggunakan versi anti virus terkini dan memastikannya sentiasa dikemaskini boleh membantu mengurangkan risiko untuk anda menjadi mangsa seterusnya.

sumber : Kaspersky

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.