Laman Seni Seksyen 2 Shah Alam





Laman Seni Seksyen 2
Laman Seni Seksyen 2

Laman Seni Seksyen 2 Shah Alam – mungkin ramai yang sudah mengetahui kewujudan street art atau laman seni di seksyen 2 dan seksyen 7 shah alam tapi berapa ramai yang pernah pergi atau jumpa lokasi laman seni ini ? atau aku sorang je yang baru pergi ? hahaha..

kat sini aku kongsikan lokasi laman seni seksyen 2 shah alam dan antara gambar-gambar yang menarik untuk anda hayati yang mungkin akan membuatkan korang terasa ingin pergi ke laman seni ini.. insyallah..

Lokasi : Seberang jalan Sekolah seksyen 2 @ berhampiran 7 eleven @ Bersebelahan lokasi ABC berada di lorong belakang banggunan kedai berdekatan.

laman seni seksyen 2

teringat zaman sekolah dulu cikgu dah malas nak rotan tangan budak-budak dah lali semua kebal so start rotan muntot dan ternyata berkesan sikit ramai dah tak berani nak nakal-nakal sangat.. but now… ? sikit sentuh sudah police report.. aiyoyoyo..

kerusi meja terbang

ada orang kata posing untuk laman ini sepatutnya kita terbaring dekat lantai tapi aku fikir lebih baik jadi super power kunun kunun ada power terbangkan kerusi dan meja.. lain orang lain fikirannya :)

raksasa

dulu angkat badan sebelah tangan je tapi bila dah bolat macam ni terpaksa la bergayut guna dua tangan.. kih kih kih..

slurpee

antara kegemaran aku bila tengah panas adalah slurpee hihihi..

ada dua tempat laman seni di shah alam satu di seksyen 2 dan satu di seksyen 7 tapi laman seni seksyen 7 lebih banyak street art yang dipamerkan tapi setiap tempat ada keunikan dan seninya tersendiri bagi aku better pergi kedua-dua tempat dan anda akan dapat kepuasan bergambar kerana lokasinya tidaklah berapa jauh..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.