Nama Anak Lelaki Perempuan Pilihan dalam Islam





kanak-kanak
kanak-kanak

Nama Anak Lelaki Perempuan Pilihan dalam Islam – Nampak simple dan mudah tapi tahukah kita bahawa nama anak yang diberi pada anak kita merupakan salah satu doa kita kepadanya terutama mereka yang beragama Islam. Sekiranya dipanggil selalu ia mungkin merubah sesuatu bergantung kepada nama anak tersebut.

sebaiknya nama yang diberi perlulah mempunyai maksud-maksud tertentu seperti nama dalam islam NUR yang bermaksud CAHAYA. Oleh itu pilihlah nama yang baik untuk anak-anak anda. Disini saya sertakan sedikit sebanyak Nama Anak Lelaki dan Perempuan Pilihan dalam Islam

Nama Anak Lelaki Dalam Islam
1. Adel Irsyad – Panduan dan petunjuk
2. Aqmar Azizi – Kekasihku yang putih dan cantik
3. Izzat Hasyam – Mulia dan murah hati
4. Haziq Akbar – Yang besar dan cerdik
5. Najwan Danish Danial – Kemenangan dan penuh pengetahuan
6. Said Zafri – Bahagia dan kemenangan
7. Syabil wafiy – Bintang yang setia dan jujur
8. Umar Khalili – Sahabat yang memakmurkan
9. Zahirul Haq – Pendukung hak
10. Zulfaqar Iskandar – Nama pedang Nabi Muhammad SAW

Nama Anak Perempuan Dalam Islam
1. Ainul Mardhiah – Nama bidadari yang tercantik di syurga untuk para syuhada
2. Athirah Amirah – Puteri yang mulia
3. Dhia Eryna – Sinaran yang cantik
4. Fatimah Izz Zara – Puteri yang penuh kekuatan
5. Nabilah Ishmah – Cerdik dan terhindar dari dosa
6. Nurul Afiqah – Cahaya yang pemurah dan berpengetahuan
7. Nurjannah Fatihah – Cahaya pembuka syurga
8. Shaza Sawsan Firdaus – Nama Syurga tertinggi dan harum mewangi
9. Qaireen Faqihah – Kebaikan dan cerdik
10. Zahira Nur Surfina – Kilauan cahaya bersih atau suci

untuk memilih nama anak yang memberi maksud baik dalam islam anda boleh rujuk buku rujukan atau bertanya pada ustaz ustaz untuk mengelakkan anda dari tersilap pilih nama untuk anak anda.

Sumber Nama Anak Lelaki Perempuan Pilihan dalam Islam : Majalah Pa&ma Mei 2013

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.