Nasi Arab Akak Ipar









nasi arab daging
nasi arab daging

Nasi Arab Akak Ipar – Bila dah ada akak ipar ni macam-macam resepi masakan baru kitaorang cuba dan yang terbaru nasi arab akak ipar kena pula time aidiladha daging qurban tengah banyak so memang penuh la daging qurban dalam nasi arab yang akak ipar hasilkan.

sehari sebelum tuh kitaorang dihidang dengan daging masak kicap berempah memang terbaik tak macam daging masak kicap biasa rasanya dan warna daging tak nampak macam masak kicap pun tapi memang daging masak kicap cuma diselitkan dengan rempah-rempah yang menutupi rupa daging masak kicap.

berbalik kepada nasi arab yang akak ipar masak rupanya biasa-biasa macam nasi minyak biasa cuma penuh dengan daging tapi bila dah rasa memang sedap mungkin kalahkan kedai-kedai yang jual nasi arab tapi katanya ni nasi arab Malaysia, aku ni memang tak pernah makan nasi arab so taktau pun beza nasi arab asli dan nasi arab malaysia yang aku tahu cuma makan ja apa yang terhidang sebab tu sekarang makin bolat dari biasa.. kih kih kih..

dah 2 hari berturut-turut duk makan menu daging qurban esok esok menu daging apa pula la akak ipar aku ni nak masak.. heee.. takpa la badan berisi sikit yang penting dapat makan makanan sedap dan cuba menu baru.. nanti bila dah berisi boleh pergi gym turunkan balik berat badan yang dah tambah berkilo-kilo ni.. kih kih kih.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.