Punca Rambut Rosak





aiskrim
aiskrim

Punca Rambut Rosak – Rambut yang sihat mempengaruhi tahap confident dan perwatakan anda. Oleh itu pastikan anda tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan rambut rosak. Berikut merupakan punca rambut rosak yang perlu anda elak dan kurangkan.

1. Proses bleaching, Pewarnaan kekal atau semi kekal, mengerinting atau meluruskan rambut – Proses ini menyebabkan kerosakan pada kutikel rambut menjadikan strukturnya menjadi lemah. Selain itu kelemumur juga mudah muncul.

2. Cuaca panas – Ia juga menjadi faktor rambut rosak kerana sinaran ultraviolet menghilangkan protein rambut lantas merosakkan kutikel rambut.

3. Menyikat rambut terlalu kuat dan kerap – Tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan pada kulit kepala, keguguran rambut dan kelemumur. Elakkan dari mengikat rambut menggunakan gelang getah kerana ia boleh menyebabka rambut putus.

4. Cuci rambut tidak sempurna – Rambut yang dicuci tidak sempurna terutama selepas selesai berenang membawa kerosakan rambut apabila masih ada garam dan klorin melekat pada rambut.

5. Terlalu kerap atau kurang mencuci rambut – Rambut akan kehilangan lembapan dan menjadi kering. Kurang mencuci rambut juga menjadikan rambut berminyak dan senang gugur.

Sumber : Mingguan Wanita Oktober 2014

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.