Shopping di Jeti Pulau Pangkor





loveShopping di Jeti Pulau Pangkor – Habis shopping di Padang Besar singgah berehat di Semanggol, Perak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kuala lumpur sempat singgah shopping di Jeti Pulau Pangkor. Bukan untuk ke Pulau Pangkor tapi hanya untuk bershopping di sebelah lumut.

Cuti limited menyebabkan kitaorang perlu merancang cuti kitaorang dengan sependek mungkin bagi membolehkan kitaorang jalan sakan dan hari terakhir cuti kitaorang isi dengan shopping di jeti ke Pulau Pangkor. Minat dengan sotong menyebabkan aku beriya untuk shopping di jeti pangkor.

Baju dan cenderamata xberapa minat kerana tak berapa menarik tapi makanannya yang pelbagai menarik minat aku untuk shopping lebih RM150 hanya untuk produk makanan sahaja. Sepanjang jalan pulang ke Kuala lumpur duk mengunyah kerepek dan sotong kering je sampai kembung perut ni haa.. makin bolat laa.. kih kih kih..

lepas ni nak mohon cuti lama sikit ingat nak melacong terus ke pulau langkawi atau pulau pangkor untuk beberapa hari. Duit kalu disimpan ja tak guna agak rugi tapi bila kita guna dengan bermanfaat nescaya kita bahagia.

tak percaya ? meh belanja saya kita ke korea :P

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.