Shopping di Padang Besar Perlis





travel

Shopping di Padang Besar Perlis – untuk kali ke-3 aku singgah shopping di padang besar perlis ternyata perjalanan kali ini lebih mudah dan cepat kerana telah memahami selok belok perjalanan untuk ke Padang Besar, Perlis dan ini merupakan antara tempat kegemaran ku untuk bershopping.

Shopping di Padang Besar Perlis merupakan antara hobi baru aku sekiranya sampai di Perlis pasti aku tak melepaskan peluang untuk shopping di sini. Shopping di Kelantan dan Perlis pasti aku pilih di perlis kerana aku lebih mudah untuk tawar menawar harga dan mendapatkan harga jauh lebih murah.

3 Jam kupon parking yang dibeli dimanfaatkan sepenuhnya kerana 3 jam aku ambik masa untuk pusing semua kedai di padang besar untuk survey harga dan barangan menarik untuk dishopping hasilnya dapat beli 3 helai baju dan pelbagai jenis makanan dan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Sekiranya ingin shopping di Padang Besar pastikan anda survey dahulu kain dan harga sebelum anda membeli dan sekiranya anda rajin sila kunjungi pada hari minggu sabtu or ahad kerana lebih banyak pilihan dapat dibuat. Pastikan anda tawar harga sebelum anda membeli barangan yang anda inginkan. Mintak diskaun dan bila harga dah turun letak pula harga anda inginkan dan harga akan jadi lebih murah. (bergantung pada barangan dan cara anda)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.