Cover Samsung Harga 2 Kali Ganda





cover samsung s3 survival
cover samsung s3 survival

Cover Samsung Harga 2 Kali Ganda – Minggu lepas pusing sekitar kuala lumpur hanya semata-mata untuk mencari cover survival samsung s3 kesayangan aku. Disebabkan cover ini telah menyelamatkan samsung aku setelah beberapa kali jatuh makanya cover ini tetap menjadi pilihan aku walaupun untuk kali ke 3 tukar.

Lokasi pertama pusing di masjid jamek lokasi lama beli cover survival tapi sayangnya cover survival dah lama tak jual.. dah tak keluar stock katanya. Next day malam tu terus ke Downtown cheras tempat ke2 beli cover ternyata hanya tinggal 1 warna walaupun pusing satu downtown.. nak taknak terpaksa juga beli. Nasib baik harga boleh runding dapatlah diskaun RM 5 jadinya RM 30 kena bayar.. (harga standard).

Teringat ada 2 member kirim suruh beli cover yang sama makanya hari minggu rajinkan diri pusing sekitar mall di KL nak cari cover survival tapi bila dah jumpa harga yang dijual jauh lebih mahal dari sangkaan aku walaupun kotaknya dah koyak rabak.

kedai pertama harga RM 95 dapat turun sampai last price RM 60

kedai kedua RM 80

kedai ketiga RM 100

walaupun semuanya species tiruan tapi harga bapak mahal lagi mahal dari harga yang aku beli ketika baru keluar iaitu RM 45.

So aku decide boikot kedai kedai berikut dari beli harga double baik aku jalan-jalan cuci mata cari ditempat lain. Selain dapat cari barang lain aku dapat jimat lagi untuk beli barang lain.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.