Bercuti di Pulau Perhentian Part 1





Pulau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Kecil

Bercuti di Pulau Perhentian Part 1 Pulau Perhentian Kecil yang terletak di negeri Terengganu merupakan salah satu destinasi perlancongan pilihan di Malaysia kerana permandangan yang indah dan air yang bersih. Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. (wikipedia)

Minggu lepas berpeluang kali pertama untuk jejakkan kaki ke pulau perhentian. Pada permulaannya planning untuk mengambil pakej perlancongan sedia ada di pulau perhentian tapi difikirkan balik elok kitaorang koboi sendiri ke pulau perhentian kerana tidak mahu terikut dengan jadual.

Disebabkan salah seorang driver kitaorang ada emergency case takdapat nak ikut so kitaorang buat keputusan untuk menaiki bas dari TBS ke Jeti kuala Besut (RM45). Bertolak dalam pukul 10.30mlm tiba dan tiba pada pukul 6.30 pagi. Jeti hanya seberang jalan dari hentian bas. Tiket pergi balik ke pulau perhentian RM 70 (person)

kitaorang decide untuk makan dahulu sebelum ke pulau dan tiket kitaorang ke pulau pada pukul 8.00 pagi. Sebelum ke pulau kita perlu membayar RM 5 untuk tiket pemuliharaan alam sekitar. Perjalanan ke pulau mengambil masa dalam 30 – 40 minit.

Tiba di pulau perhentian perkara pertama kitaorang buat adalah mencari penginapan disebabkan kitaorang tak booking apa-apa. Dari hujung pantai sehingga hujung pantai nasib chalet terakhir ada kekosongan kalu tidak berkhemah la tepi pantai. Harga penginapan RM 100 / day (max 3)

Hari jumaat dan sabtu adalah hari minggu di terengganu (better booking) kalu hari lain anda boleh main redah sahaja. (kecuali cuti umum). Lepas dapat bilik kitaorang terus jalan sepanjang pantai menikmati suasana pantai.

Tidak ingin membuang masa rakan ajak survey jalan track ke kincir angin. Dah jumpa jalan mendaki ke kincir angin kawan terus ajak mendaki dengan berselipar kitaorang terus mendaki (kalau guna guide RM 50)

Permandangan Kincir Angin
Permandangan Kincir Angin

Selepas kira-kira 20-30 minit mendaki bukit meredah hutan akhirnya kitaorang dapat melihat permandangan disebalik kincir angin ternyata penat lelah mendaki dengan selipar berbaloi-baloi. Masih ada permandangan yang begitu indah di Malaysia terdapat di Pulau Perhentian Kecil.

Kincir Angin Pulau Perhentian
Kincir Angin Pulau Perhentian

Air Laut Biru
Air Laut Biru

geram tak tengok air laut yang biru ? rasa macam nak terjun kan ? tapi sayang nampak cetek tapi dalam juga.. kalu takda life jacket jangan la terjun sebab ombak boleh tahan kuat juga.

abgferoz
abgferoz

kepuasan melihat open sea yang terbentang luas depan mata dengan udara yang nyaman dan angin yang kuat.. fuhhh rasa macam taknak balik pun ada.

Letih mendaki balik ke penginapan cepat-cepat cari air dahaga gilaa.. tak planning nak mendaki so tak bawa air..

Bersambung : Percutian Pulau Perhentian Part 2

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.