Bercuti di Pulau Perhentian Part 2





snorkeling
snorkeling

Bercuti di Pulau Perhentian Part 2 – Eksplorasi di pulau perhentian part 1 tidak berhenti di darat sahaja hari kedua kitaorang memulakan pagi kitaorang dengan eksplorasi di lautan pula dengan snorkeling di 5 kawasan terbaik untuk snorkeling.

sekiranya anda travel by pakej snorkeling memang termasuk dalam pakej percutian anda. Kami tidak mengambil sebarang pakej makanya kami boleh memilih untuk snorkeling di lokasi yang kami suka. Ada 3 Pakej untuk snorkeling iaitu Short Trip (RM 40), Long Trip (RM 50)dan Special Trip (RM 90) kami memilih Long Trip untuk snorkeling kami yang mana lokasi pilihan adalah shark point, turtle point, romantic beach, village dan …. (lupa plak).

maaf gambar ada satu ja.. bila dah masuk dalam laut sibuk tengok ikan macam-macam warna lupa nak tangkap gambar. Waktu kitaorang sampai di turtle point hanya seekor penyu kelihatan itupun letih kejar dia nak balik mak dah panggil lunch time. Pergi kat Shark point pula langsung tak jumpa shark sebab habis orang putih pakat terjun macam pemangsa mana tak lari semua shark.

Nasihat untuk mereka yang cepat pening jangan terlalu lama duduk dalam bot kerana anda mungkin akan cepat pening (mabuk laut) sebab ombak memukul bot membuatkan anda sentiasa dalam keadaan bergelora..

pulau perhentian kecil
pulau perhentian kecil

Habis snorkeling dalam kul 2 ptg kitaorang terus rehat dalam bilik sampai asar baru kitaorang keluar (tertidur keletihan) mabuk laut dah hilang sikit kitaorang ambik keputusan untuk lepak santai je dekat pantai sambil menikmati permandangan.

Gambar diatas diambil dari salah satu resort yang mana kitaorang di PAKSA untuk kutip nombor telefon resort/chalet dari rakan-rakan facebook dan wassap yang jeles dengan gambar yang diupload. Semua sibuk nak bercuti kat pulau perhentian juga sampai tak sabar-sabar suruh ambik nombor telefon.

makan malam tepi pantai
makan malam tepi pantai

aktiviti malam hanya diisi dengan menikmati makan malam ditepi pantai dibawah sinaran bulan. Makanan kat sini memang sedap-sedap tapi harga boleh tahan mahal jugalah.. Sekiranya ingin berjimat bawa banyak air mineral dan makanan sampingan untuk breakfast atau pengalas perut. Tapi kalu dah duduk tepi pantai tak makan seafood tak best juga kan.. hik hik hik..

habis makan kitaorang lepak tepi pantai sambil mengadap laut dan bulan.. fuhhh rasa macam nak sambung cuti ja.. malas nak bekerja.. heeee…

Bersambung : Bercuti di Pulau Perhentian Part 3

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.