Harga Kad Prabayar Kekal Seperti SEBELUM GST





GST
GST

Harga Kad Prabayar Kekal Seperti SEBELUM GST – PUTRAJAYA 29 April – Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai) berkuatkuasa 1 Mei ini, seperti mana rejim cukai sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad sehubungan itu berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Sumber : – Utusan

*sementara ni den nak puasa dulu topup tengok kesudahan cerita ini pada 1 Mei harap² turun kembali laa.. sebab kebanyakan pengguna kad prabayar ni orang yang tak brape nak kaya..

TERKINI 30/4/15 10:30PM – KEPUTUSAN DITANGGUHKAN –

sekejab ada sekejab tiada.. terlajak perahu boleh berundur terlajak kata.. ? GST lagi jawabnya

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.