Kenali Personaliti Lelaki Menerusi Gaya Tidur





tidur
tidur

Kenali Personaliti Lelaki Menerusi Gaya Tidur – Gaya tidur seseorang boleh dijadikan ukuran dalam menilai personaliti mereka. Tidak terkecuali bagi golongan lelaki. Usah percaya sepenuhnya namun tidak salah untuk melihat semula sifat dalam diri anda. Berikut personaliti lelaki yang boleh dilihat daripada gaya tidur.

Tidur terlentang dengan tangan diatas bantal – Lelaki yang tidur begini dengan kepala ke sisi adalah seorang yang suka bergaul. Mereka yang tidur dengan posisi ini mempunyai personaliti agak tegang serta bermuka tebal tetapi sering terasa hati dengan kritikan yang dibuat.

Gaya bayi – Stail berbaring ke pisisi kiri dengan kaki bengkok ini digambarkan sebagai sorang yang kasar dari segi luaran tetapi sebenarnya seorang yang pemalu dan sensitif. mereka memerlukan masa untuk mesra dengan orang lain. Selain mencerminkan sikap, gaya tidur mengiring ke kiri boleh mendatangkan komlikasi kepada organ dalam badan seperti hati dan paru-paru. Jadi, berubahlah mengiring ke kanan.

Tidur Mengiring lurus dengan kedua belah tangan disisi – Gaya tidur sperti ini digambarkan sebagai seorang yang gemar bersosial serta senang bergaul. Mereka juga sering ditipu kerana mudah percaya dengan orang lain termasuk individu yang tidak dikenali.

Tidur Mengiring dengan kedua-dua tangan mendepa ke hadapan – Lelaki yang tidur dengan gaya ini mengemari perkara baru tetapi sering berkelakuan sinis dan curiga terhadap orang. Setiap keputusan yang diambil melibatkan masa yang lama dengna membuat pertimbangan yang terperinci. Namun setelah sesuatu keputusan dibuat, mereka jarang mengubah pendirian atau menyesal.

Tidur Terlentang – Lelaki dengan gaya tidur seperti ini adalah seorang yang pendiam serta tidak gemar menguar-uarkan tentang sesuatu perkara. Namun mereka ini sering meletakan standard yang tinggi untuk diri sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu perkara.

Tidur terlentang dengan kedua belah tangan diatas – Lelaki dengan gaya hidup seperti ini adalah seorang pendengar dan kawan yang baik. Sering menghulurkan bantuan dan tidak suka populariti. Ia adalah personaliti yang disukai oleh semua orang.

Sumber : Mingguan Wanita 17-23 April 15

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.