Kisah Sedih Ustaz dari Rohingya









kartun
kartun

Kisah Sedih Ustaz dari Rohingya – Cuti semalam singgah tempat kerja lama lepak dengan member pejabat lama.. waktu rehat member ajak lepak gi pertama kompleks.. lepas habis jalan di pertama kompleks kitaorang sempat singgah jalan di JALAN TAR syurga beli belah waktu ramadhan.

Sewaktu tengah sibuk cuci mata membeli belah di Jalan TAR kitaorang didatangi seseorang yang berpakaian serba putih katanya daripada Rohingya. Mula-mula tak kusyuk nak melayan maklum la tengah sibuk survey harga nak shopping tapi bila dia mula bercerita tentang keluarganya jadi sebak kitaorang.

Saya ustaz dari rohingya rumah sudah terbakar.. anak 3 orang sudah kena sembelih.. katanya.. rasa sebak kawan pun mintak aku duit.. ingat tak cukup duit nak bayar barang rupa-rupanya di bagi kat ustaz tadi.. ustaz tu terus tadah tangan berdoa.. kitaorang pun apa lagi terus tadah tangan aminkan..

rasa sebak plak bila dengar dia baca doa… bersyukur sangat dengan apa yang ada sekarang. walaupun tidak sekaya rakan yang lain tapi masih mampu untuk bershopping masih mampu untuk keluar berjalan.. alhamdulillah..

semoga kita semua tidak lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah kita miliki.. walaupun sedikit bersyukurlah jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang serba kekurangan..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.