Program Bantuan Usahawan Belia Bumiputra





Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) – Pendekatan melalui pembinaan ketahanan diri dan bimbingan ilmu keusahawanan termasuk aktiviti boot camp bagi membantu golongan belia Bumiputera berumur di antara 18 – 40 tahun untuk memulakan perniagaan.

Objektif :
Memupuk budaya keusahawanan di kalangan belia Bumiputera;
Anjakan paradigma daripada pekerja kepada pemilik perniagaan (menyediakan peluang pekerjaan); dan
Membentuk daya tahan dalam mengendalikan perniagaan

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputra (TUBE) 2.0 – SME CORP :
1. Permohonan dibuka secara online ada 1 Julai 2015. Tarikh tutup 31 Julai 2015
2. mohon secara online dan isi borang di http://tube2.smecorp.gov.my

TUBE 2.0 akan dikendalikan SME Corp melibatkan usahawan muda melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.

● Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental (7 hari)
● Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan (7 hari)
● Fasa ketiga ialah pelaksanaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan geran 15,000 sekiranya melepasi fasa satu dan dua. Dibawah fasa ketiga ini juga peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah ‘sistem kawan’ selama 12 bulan.

Syarat-syarat Permohonan :
● Warganegara Malaysia Bumiputera berumur di antara 18 – 40 tahun
● Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi kemahiran tempatan
● Sihat dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal. Wanita yang mengandung adalah tidak digalakkan untuk menyertai Progam ini
● Belum memulakan perniagaan tetapi mempunyai minat yang mendalam untuk menjalankan perniagaan.
● Bagi pemohon yang telah menjalankan perniagaan, perniagaan mestilah kurang dari 12 bulan beroperasi
● Pemohon tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis

Sila daftar online segera. tarikh tutup 31 Julai 2015.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.