Cable Unifi Putus Dipotong ?





TM Unifi
TM Unifi

Cable Unifi Putus Dipotong ? – Malam sabtu lepas nak tengok bola perlawanan antara JDT menentang Felda terbantut bila unifi tidak berfungsi terpaksa betulkan arial diluar rumah bagi mendapatkan siaran yang cantik untuk menonton bola.

Ahad lepas habis shift malam bangun dalam tengahari terus call TM untuk buat report kerosakan Unifi malangnya terpaksa tunggu office hour baru boleh repair. (cuti daaa.. lupe plak) Petang ahad terus gi belakang rumah tengok wayar unifi ternyata wayar dah putus terjatuh dihalaman belakang rumah.

Menanti seharian hari isnin tapi sampai ke tengahari orang unifi tak datang. Petang pulak hujan memang kempunan lah nak online. Hari selasa masuk kerja terus call TM tak sampai setengah jam terus orang TM Call nak mai rumah.. fuyooo laju sehh..

TM : hello en saya call berkenaan report kerosakan Unifi
aku : ohh.. ok ok

TM : saya ada berdekatan rumah saya nak datang dalam 10 minit
aku : okk.. kat rumah ada orang.. rasanya cable belakang rumah putus..

lepas habis sambungkan semula cable unifi orang TM datang rumah bagitau cable bukan kena gigit musang tapi kena potong so dia dah edjust cable tu jauh dan tinggi sedikit.

p/s… ingatkan musang guna unifi tadi terkejut gak.. rupanya ada musang berdiri yang dengki..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.