Misi Mencari Beg Travel





beg travel
beg travel

Misi Mencari Beg Travel – Letih, letih dan letih itulah yang dapat aku ungkapkan apabila misi hari ini mencari beg travel yang menarik dan kukuh tidak membuahkan hasil. Kebanyakan beg yang ada tidak menepati citarasa aku yang demand dan murah.

aku kalu shopping perempuan pun kalah bukan dari segi beli barangan tapi dari segi pemilihan selagi tidak dapat ciri-ciri dan kualiti yang berkenan selagi itu aku akan berjalan dan terus berjalan sehingga berjumpa yang berkenan dihati dan sekiranya tidak jumpa aku akan pulang dengan tangan kosong KECUALI keadaan benar-benar memerlukan. ITULAH AKU dan kerana itulah dompet aku selalu selamat dari pembaziran.. hik hik hik.

orang lain sibuk berehat dan bersantai bersama keluarga pada hari ahad tapi aku terpaksa bekerja begitulah nasib bekerja makan gaji. Nasib shift pada minggu ini shift pagi habis kerja pukul 2 petang terus gerak ke masjid jamek lokasi pertama untuk mencari beg travel. Banyak juga beg travel yang dijual di masjid jamek kebanyakan beg dijual dengan harga lebih RM 100 – RM 250 kena pandai tawar menawar baru boleh dapat murah.

tak berpuas hati dengan pilihan yang ada aku teruskan misi ke mydin berhampiran harga agak murah sikit tapi tak banyak pilihan yang ada dan tiada jenama yang aku minat so aku terus gerak berehat di UTC Pudu kerana hujan. Jumpa member tempat kerja lama sempat gosip-gosip sebelum meneruskan perjalanan ke petaling street.

sampai di petaling street banyak juga kedai yang jual bag harga tak lari sama macam masjid jamek. Harga boleh main lagi asalkan korang pandai tawar menawar. Sekiranya korang nak lagi murah boleh cakap kat dia nak survey lagi sekitar petaling street tu confirm dia akan tawarkan lagi harga lebih murah tapi bila dah tawar murah-murah janganlah tak jadi pulak marah orang kang..

akibat terlalu memilih dan demand aku hanya pulang dengan tali pinggang sahaja plan nak beli beg travel tapi tali pinggang pula yang dibeli. Tapi dah ada target satu kedai di petaling street sekiranya tiada pilihan gak sehingga hari selasa aku akan terus ke kedai.

next week kursus di perlis. nak atau tidak perlu ada beg nak isi baju 5 hari berkursus.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.