Lawak Helikopter Terapung 30 Minit





helikopter
helikopter

Lawak Helikopter Terapung 30 Minit – Sebuah helikopter yang membawa penumpang tiba-tiba mengalami kerosakan dan terpaksa mendarat. Juruterbangnya telah merendahkan helikopter tersebut dan melakukan pendaratan cemas di atas air. Beliau meminta para penumpang supaya kekal di tempat duduk dan memastikan pintu ditutup rapat kerana di dalam situasi kecemasan, helikopter itu boleh terapung selama 30 minit, memberi masa yang cukup sehingga penyelamat tiba.

Sejurus selepas itu, seorang penumpang telah bingkas bangun lantas meluru membuka pintu. Juruterbang tadi menjerit ke arah penumpang tersebut lalu berkata, “Awak tak dengar ke apa saya kata tadi?!! Helikopter ini direka untuk terapung selagi pintunya tertutup rapat!!!”

“Ya memang saya dengar,” jawab penumpang tadi, “tapi helikopter ini juga direka untuk terbang, tapi tengoklah apa yang dah jadi!!!”

Lagi Cerita Lawak

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.