Yang dirancang Tidak Menjadi





KUD Putrajaya
KUD Putrajaya

Yang dirancang Tidak Menjadi – Minggu lepas sempat singgah Karnival Usahawan Desa (KUD) di Presint 3, Putrajaya selepas habis shift kerja malam. Walaupun letih tak tidur semalaman shopping punya pasal sanggup gerak ke putrajaya untuk melihat sendiri karnival usahawan desa yang diajurkan.

Sebenarnya tak planning pun nak pergi Karnival Usahawan Desa (KUD) di putrajaya sebab letih kerja malam tapi terpengaruh dengan iklan-iklan di radio dan tv makanya tergerak juga hati untuk pergi melihat sendiri apa yang ditawarkan kepada pengunjung. Disebabkan saya ni seorang yang memilih makanan makanya hanya kek lapis sarawak sahaja yang menarik hati untuk di shopping.

berbalik kepada tajuk yang dirancang tak menjadi pada hari kedua habis shift malam sepatutnya saya dan rakan-rakan akan gerak ke sungai chiling yang terletak di kuala kubu bharu. Tapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan sentiasa ribut dan hujan lebat makanya plan ditukar ke port dickson. Beberapa jam sebelum gerak ke port dickson sempat baca status facebook dari Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengatakan Ribut dan Hujan lebat sehingga pagi ahad makanya planning untuk ke port dickson juga terbantut.

akhirnya bila semua planning tidak menjadi kitaorang buat keputusan untuk makan nasi ayam bersama ABC di kampung pandan berhampiran rumah. Sesi gosip dan planning for the next event.

melepas lagi la ke sungai chiling dah lama planning nak pergi.. asal planning ja mesti tak menjadi.. hehe belum ada rezeki nak kesana.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.