Tengah Makan Teringat Terlupa Bawa Dompet





nasi ayam
nasi ayam

Tengah Makan Teringat Terlupa Bawa Dompet – Pernah tak terjadi kat korang bila tengah makan atau nak bayar makanan tiba-tiba teringat yang korang terlupa nak bawa dompet atau tercicir dompet… ? apa yang korang buat ? bagaimana korang mengatasinya ? kali ini aku ceritakan pengalaman aku bila terlupa bawa dompet ke kedai makan.

nak di jadikan cerita semalam tengah kerja perut meragam nak makan nasi tapi tengah kerja so habis ja kerja waktu rehat tanpa buang masa terus ke kedai makan berhampiran tempat kerja. Jarak tidak terlalu jauh dalam 5-10 minit jalan kaki so decide untuk jalan kaki ke kedai makan. Sampai di kedai makan terus order makanan nasi goreng ayam dengan milo ais. Habis order terus cari sit depan tv kira meja vvip gitu hari ahad tak ramai orang so dapat la sit depan tv.

tak sampai 10 minit nasi goreng ayam sedia terhidang depan mata.. supnya.. ayamnya bau semerbak tanpa buang masa terus doa dan makan.. tengah sedap makan tetiba rasa macam something wrong poket rasa ringan so cepat-cepat bangun rasa poket belakang. ahh sudah.. dompet tak bawa teringat tinggal dompet kat opis..

apa aku nak buat ? dah makan separuh ni..  takkan nak pulang balik ? nak cakap dulu ke nak makan dulu ke ? lantak laa perut dah lapar banyak cakap nanti gadai je handphone dlu.. habis cerita.. lepas makan terus masuk dalam kedai talk dengan pekerja dia

aku : kak dompet saya tinggal kat opis.. sat lagi saya mai balik bayar.

akak tu angguk ja tanpa buang masa aku terus balik opis relax 5 minit pergi balik kedai untuk bayar hutang makan. kita tak tau ajal kita bila so better selesaikan apa yang kita hutang.. lagi-lagi hutang yang melibatkan makanan.

Dituntut Menyegerakan Membayar Hutang – Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang, sehinggalah hutang tersebut dibayar”.

sampai kedai terus aku tegur akak tadi.. kak ni nak bayar duit makan tadi..

akak tu sambil gelak cakap laaa.. esok pun boleh bayar.. (dia taktau ke aku letih mai patah balik dengan perut penuh.. sabar jelaa)

aku : takpa laa tak elok hutang.. makanan sangkut tak bole hadam selagi tak bayar..

nasib baiklah pekerja kedai tu kenai aku sebab selalu juga makan situ so tak jadi masalah untuk makan dahulu bayar kemudian.. tapi.. sekiranya aku makan kat kedai lain semalam.. agak² apa yang akan terjadi.. ?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.