Mengidam Daging Masak Kicap





daging masak kicap
daging masak kicap

Mengidam Daging Masak Kicap – Sejak balik kursus ni asyik makan ja maklumlah time kursus makan 6 kali sehari sampai tak selera nak sumbat pun kena makan juga takut membazir. Bila dah asyik makan perut dah terbiasa dan mulut pulak asyik nak kunyah. Makin membulat la perut saya ni..

Balik dari kursus dah dekat raya korban, bila dah raya korban perkara yang teringat adalah daging korban dan menu yang paling menarik waktu ini adalah daging masak kicap. Daging yang lembut dan fresh membuatkan daging masak kicap bertambah menyelerakan untuk dimakan bersama nasi dan ratah.. heee.. cerita sambil terliur kauu..

 terpaksa bekerja walaupun hari raya menyebabkan ngidam terlupa seketika 2 hari sibuk bekerja akhirnya hari raya ketiga dapat juga cuti pagi-pagi lagi terus order emak supaya masak menu ngidam daging masak kicap. Nasib baik tiada lagi orang yang order kalu tidak mau bertindih menu masakan hari ini. So dapat jugalah aku ilangkan kempunan daging masak kicap dari hari raya aidiladha lepas.

daging korban ni sedap masak apa sahaja asalkan tak simpan terlalu lama. daging yang segar dan lembut sesuai untuk di masak pelbagai jenis masakan. Tapi kalu silap masak daging lembut macam mana pun memang takkan sedap.. hahaha sila dapatkan menu atau tunjuk ajar pakar sebelum masak daging tersebut :) (peace yoo)

lagi sedap bila siap ja terus makan panas-panas so daging masih dalam keadaan lembut macam gambar diatas.. daging baru lepas siap masak so… ok semua jemput makan.. masa untuk meratah daging masak kicap.. jangan marah naa..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.