Selamat Hari Raya AidilAdha





aidiladha
aidiladha

Selamat Hari Raya AildilAdha – Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam hari raya aidiladha buat semua warga pelawat jiwarosak.com yang berada di Malaysia mahupun di luar negara. Semoga Aidiladha tahun ini membawa sejuta rahmat kepada kalian semua walau dimana kalian berada.

Aidiladha kali ini disambut bersama rakan sekerja kerana aidilfitri lepas baru sahaja bercuti makanya aidiladha terpaksa bekerja kasi peluang untuk rakan yang tidak bercuti aidilfitri untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta. Terasa kehilangan sesuatu bila terpaksa menyambut hari raya di tempat kerja. macam ada sesuatu yang tak lengkap pada raya kali ini. Nak buat bagaimana dah tugas walaubagaimana pun raya tetap perlu disambut dimana jua kita berada.

Nasib baiklah akak-akak kat tempat kerja ni rajin memasak depa la yang duk bawak jamuan raya lontong, rendang bagai ke pejabat untuk meraikan hari raya aidiladha di pejabat so takda la boring sangat bekerja di hari raya cuma tiada keluarga disamping merayakan hari raya.

sebenarnya kerja shift pagi ja.. habis kerja pukul 2 balik rumah sempat ja beraya dengan keluarga.. cuma terpaksa sembahyang raya dekat pejabat ja.. hahaha.. saje drama propa lebih.. heee.. selamat hari raya aidiladha.. maaf zahir batin :)

Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.