Berpuasa di Hari Arafah





Niat Puasa Hari Arafah
Niat Puasa Hari Arafah

Berpuasa di Hari Arafah – Semalam sewaktu bangun pagi nak bersiap pergi kerja perasan adik makan pagi lalu ditanya kepadanya kenapa puasa ka ? dia menjawab ya puasa arafah katanya. Aku tegur kenapa tak kejut. Balik dari kerja terbaca kat facebook yang Esok (Hari Ini) baru hari Arafah. Terus tegur adik.. haaa bukan esok ka hari Arafah.. tu la lain kali kejut puasa sama kan dah tersilap.. hik hik hik.. kitaorang gelak jela..

KELEBIHAN HARI ARAFAH – Ketika tibanya hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, Rasulullah SAW amat bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT.

Sayidina Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Rasulullah SAW pada hari Arafah, beliau melihat Baginda SAW mengangkat kedua-dua belah tangannya memohon doa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh tali unta, Baginda terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi masih tetap diangkat (berdoa).

Diriwayatkan juga, Rasulullah SAW tidak akan meninggalkan Padang Arafah sehinggalah terbenamnya matahari.

Manakala bagi mereka yang tidak berpeluang berada di Arafah, gunakanlah peluang hari Arafah ini untuk kita perbanyak doa memohon keampunan daripada ALlah SWT.

Kita juga dianjurkan berpuasa sunat hari Arafah, kerana Allah SWT kerana ganjaran yang ditawarkan oleh Allah juga amat istimewa.

Marilah kita ambil peluang diberikan Allah SWT untuk memperbanyak ibadah-Nya, kerana sesungguhnya 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini adalah hari-hari ibadah yang utama, terutama pada hari Arafah, Hari Raya Aidiladha sehinggalah hari-hari Tasyrik.

*Hari Arafah: 9 Zulhijjah 1438H / 31 Ogos 2017 (Khamis)

Kelebihan Berpuasa di Hari Arafah
Kelebihan Berpuasa di Hari Arafah

” Daripada Abu Qatadah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda bersabda : ” Ia menghapuskan dosa – dosa tahun yang lalu dan tahun akan datang.” (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.