Kisah Seram di Bilik Air Sewaktu Berkursus





ghost
ghost

Kisah Seram di Bilik Air Sewaktu Berkursus – Alhamdulillah selesai sudah kursus 5 hari anjuran pejabat yang menggabungkan beberapa department di Perlis. Kursus yang bermula pada hari khamis berakhir semalam tepat pukul 8 malam tiba di Kuala Lumpur. Rasa macam dah lama tinggalkan Kuala Lumpur rindu pulak pada bantal peluk.

Berbalik pada tajuk kali ini, nak dijadikan cerita malam kedua berada di perlis selepas habis kelas malam kitaorang singgah di kedai makan seberang jalan penginapan kitaorang untuk makan tengah malam sambil berborak kosong bagi mengeratkan siratulrahim sesama department. Borak punya borak jam menunjukkan tepat kul 12 pagi kitaorang ambik keputusan untuk pulang ke penginapan.

sambung borak dalam bilik penginapan sehingga pukul 1 pagi tetiba terasa nak buang air kecil sebelum tidur. Aku tanpa buang masa terus gerak ke toilet untuk menyempurnakan hajat terpendam. Sewaktu dalam toilet terdengar orang flush toilet bila toleh dalam bilik air  belakang tidak kelihatan seorang pun dalam toilet. Tak tunggu lama terus jalan keluar toilet.

Keesokan harinya pula kawan pula cerita perkara yang sama terjadi padanya tapi pada kali ini sewaktu 5 pagi sedang mandi tiba-tiba kedengaran orang mandi di bilik air bersebelahan bila keluar dilihatnya tiada orang dalam bilik air tersebut. Kawan pun tak tunggu lama terus keluar dari toilet.

perkara ini selalu terjadi kepada mereka yang berkursus di tempat yang kurangnya pelawat atau jarang digunakan. Apabila ini terjadi anda tidak perlu berbuat apa-apa atau menegur perkara tersebut. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya selesaikan yang sepatutnya dan keluar dengan tenang. Insyallah tiada apa-apa yang akan terjadi. Biasalah depa takda kawan saja nak mengusik tu.. hik hik hik..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.