Terselamat Roadblock JPJ





roadblock
roadblock

 Terselamat Roadblock JPJ – Pasti ramai yang cuak dan terkejut sekiranya ternampak roadblock secara tetiba walaupun sudah mematuhi segala undang-undang tapi bila nampak roadblock kita pasti merasa takut seolah-olah ada melakukan kesilapan. Pernah tak korang rasa macam tu ?

Nampak JPJ seolah-olah nampak Polis kadang-kadang tak buat silap pun terasa takut macam buat silap. Tapi bila lepas ja roadblock terus rasa lega dan selamat kan kan kan ? sah korang ada darah gemuruh. sekiranya nak check darah tinggi better korang relax 10 minit sebelum check kalau tidak mesti darah tinggi korang naik disebabkan darah gemuruh ataupun letih berjalan ke klinik.

kisah lawak dibawah ini merupakan salah satu contoh bagi mereka yang mempunyai masalah darah gemuruh atau cepat gabra apabila bertemu penguatkuasa atau sesuatu yang membuatkan kita takut.

Tadi ada roadblock JPJ, aku berhenti kat tepi, pura-pura check angin tayar, dah la aku tak bawa lesen, helmet pun tak pakai…

Bergegar jantung aku takut weh…
Tiba-tiba aku teringat nenek aku ada bagi bacaan…’Kalau dalam musibah kau baca  dan hembus je kat orang tersebut supaya orang tak nampak kita’.

Aku pun baca la… dan aku hembus kat orang-orang JPJ. Lepas tu aku pun tawakal dan lalu kat block JPJ tu. Waktu aku lalu tu, semua pegawai JPJ tak tengok aku.

Apalagi, kelam kabut la aku kayuh basikal… Huhuhu lega rasa dihati…

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.