Pengumuman Penting Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam





suruhanjaya perkhidmatan awam SPA
suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

Pengumuman Penting Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam – Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-
(a) Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
(b) Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;

(c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
– Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
– Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
– Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.