Tarikh Bayaran Pemberian Khas Kakitangan Awam 2016





bajet 2016
bajet 2016

Tarikh Bayaran Pemberian Khas Kakitangan Awam 2016. Seperti yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia pada Bajet 2016 lepas kerajaan akan meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam.

Tarikh Bayaran Pemberian Khas Kakitangan Awam 2016 akan mula dibayar pada 4 Januari 2016 (Isnin). Dimaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Khas Contract For Service kepada semua individu contract for service sebanyak RM 500. Sehubungan itu, semua individu contract for service yang telah memberi khidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk cuti rehat, cuti sakit, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am dalam tempoh 1 januari 2015 hingga 31 disember 2015 layak menerima bayaran khas ini.

Pesara perkhidmatan awam yang berhidmat secara contract for service layak menerima bayaran pada kadar RM 500 tertakluk pegawai telah memberi khidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk cuti rehat, cuti sakit, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am dalam tempoh 1 januari 2015 hingga 31 disember 2015. Pembayaran sebanyak RM 250 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM 250 akan dibayar oleh jabatan baharu individu contract for service bertugas.

Individu contract for service yang menamatkan atau ditamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak dalam tahun 2015 tidak layak menerima bayaran khas. Bayaran Khas ini hanya diberikan kepada individu warganegara Malaysia SAHAJA.

Tarikh Bayaran Pemberian Khas Kakitangan Awam 2016

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.