Lokasi Tempat Makan Sedap di Penang





abgferoz
abgferoz

Lokasi Tempat Makan Sedap di Penang. Sekiranya singgah di Penang alangkah rugi sekiranya anda tidak singgah ke Lokasi Tempat Makan Sedap di Penang untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap HANYA terdapat di PENANG. Dah mai Penang kalu tak pekena pasembur dan ais kacang tak sah la.

Lokasi makan pertama yang kitaorang tuju mengikut Lokasi Tempat Makan Sedap di Penang adalah Nasi Beriani Restoran Kapitan. Bertempat di No. 93 Lebuh Chulia, 10200 georgetown banggunan 2 tingkat untuk permandangan yang lebih menarik anda dinasihatkan untuk makan di tingkat 2 dan lebih menarik sekiranya makan pada waktu malam. Feeling bro.. nasi beriani daging

Nasi Beriani Restoran Kapitan
Nasi Beriani Restoran Kapitan

Tak sah sekiranya singgah di penang tapi tak makan makanan utama di Penang Nasi Kandar sampai kena tegurlah kat facebook upload gambar nasi beriani hahaha. Hari kedua kitaorang plan nak makan Nasi Kandar Beratur tapi disebabkan hujan dan malas nak beratur so kitaorang decide untuk pergi Nasi Kandar Line Clear tapi still kena beratur. Nasib kitaorang datang awal so takda la beratur panjang sangat. Lokasi bertempat di Jalan Penang.

Nasi Kandar Line Clear
Nasi Kandar Line Clear

sebenarnya firsttime makan nasi kandar ni.. taktau pun apa keistimewaannya tengok kawan je sebelum ambil lauk.. tengok macam nasi berlauk tapi sebenarnya yang istimewanya nasi kandar ni adalah kuah dia yang banjir tu.. nampak simple kan tapi kuah tu menaikkan nafsu makan woooo cenggini haa..

Ais Kacang dan Pasembur
Ais Kacang dan Pasembur

Bila hantu segala jenis ais dah singgah kat penang memang tak lepaskan peluang la untuk mencuba ais kacang ni dapat pula makan dengan pasembur memang menyembur air liuq habaq hang.. kalu ikutkan hati nak ja tapau ais kacang bawa balik tapi apakan daya xsempat bangun kang habis plak.. nasib tak brapa nak sihat. Lokasi kali ini di medan Padang Kota Lama dan Fort Cornwallis Penang.

Sebenarnya banyak lagi lokasi makan yang tak sempat kitaorang kunjungi disebabkan terlalu sibuk dengan jadual yang padat kebanyakannya kitaorang hanya melawat tempat menarik dan lokasi bersejarah seperti Penang War Museum, Bukit Bendera, Penang Escape, Batu Feringgi, Fort Cornwallis dan beberapa tempat lagi. Masa 4 hari adalah sangat terhad untuk pusing satu pulau.

Sampai di Penang member terus kasi senarai lokasi Makanan Sedap di Penang tapi tak sempat nak sergah semua kat sini saya kongsikan dengan korang semoga dapat membantu dalam pergerakan korang semua waktu bercuti nanti.

Lokasi Makanan Sedap Penang
Lokasi Makanan Sedap Penang

tempat makan Sedap Penang

balik ja dari Penang kepala terus jadi teleng hahaha.. sakit leher sampai 2 minggu nak menaip pun jadi malas maybe disebabkan naik bas lama sangat dengan jalan sesak. Sabar jela nak sangat jadi bagpackers terima jela kih kih kih..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.