Daftar Rumah Peranginan Kakitangan Awam





Daftar Rumah Peranginan Kakitangan AwamRumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya.

Daftar Rumah Peranginan Kakitangan Awam

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan kepada penjawat awam terutamanya bagi memudahkan penjawat awam dalam menjalani kehidupan seharian yang baik. Antaranya adalah rumah peranginan kakitangan awam yang terdapat di beberapa negeri seperti gambar diatas.

Rumah peranginan Penjawat Awam
Rumah peranginan Penjawat Awam

Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut. Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja.

Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.

Terdapat 3 pilihan rumah peranginan yang dikendalikan oleh BPH (Bahagian Pengurusan Hartanah).

  1. Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)
  2. Rumah Peranginan  Persekutuan (Eksekutif)
  3. Rumah Transit

Kadar Sewa Rumah Penginapan Penjawat Awam-Premier
Kadar Sewa Rumah Penginapan Penjawat Awam-Premier

Kadar Sewa Rumah Penginapan Penjawat Awam-Premier
Kadar Sewa Rumah Penginapan Penjawat Awam-Premier

Untuk Daftar Rumah Peranginan Kakitangan Awam anda perlu layari website Bahagian Pengurusan Hartanah Lihat pada MAKLUMAN PENTING dan klik pada MENDAFTAR AKAUN.

selepas mengisi segala maklumat anda perlu menunggu semakan dari pihak SBBPH sebelum terima email kata laluan anda bagi memohon rumah peranginan kakitangan awam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.