Kerja Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik





suruhanjaya perkhidmatan awam SPA
suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

Kerja Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri cepat, tepat, integriti, produktif, kreatif, taat setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu. Terdapat 300 kekosongan di Jabatan Perkhidmatan Awam Untuk diisi bagi kumpulan pengurusan dan profesional.

Deskripsi Tugas: Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 13 Disember 2015 (ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan mestilah dibuat melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Bagi yang berminat anda boleh layari Website SPA untuk memohon online. Bagi mengetahui maklumat jawatan dan syarat anda boleh Lihat di Iklan Jawatan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.