220 Koleksi Cerita Lawak





220 Koleksi Cerita Lawak. Sedar tak sedar koleksi cerita lawak dalam blog jiwarosak.com sudah melebihi 220 cerita lawak yang mana koleksi ini di ambil dari pelbagai sumber rujukan terutamanya di facebook, kiriman pembaca, google, komen, majalah, surat khabar dan rekaan admin.

antara yang menjadi pilihan ramai adalah koleksi cerita lawak pendek yang mendapat view antara yang terbanyak selain mendapat tempat di page 1 google cerita lawak pendek. Untuk melihat semua koleksi cerita lawak anda boleh klick pada label lawak category cerita lawak pada menubar jiwarosak.

Antara Koleksi Cerita Lawak yang ada

kucingCerita 1

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..lawak

Cerita 2
SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yang menimpanya..
SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?
IBU : Bapak keluar. Kau dah kenape?
SARI : (dengan nada perlahan) Minta maaf mak.. Kemungkinan Sari hamil.
IBU : (terkejut) Apa?
SARI : (gementar) Sari hamil.

IBU : Aaahh!! Tak mungkin, kau cuma sakit je tu. Kau gi rehat sane!
SARI : Tapi sejak kebelakangan niy. Sari selalu muntah2. Makk..
IBU : (rasa geram) Ahhh! Paling-paling pun masuk angin je perut kau tu. Bubuh minyak angin la. Sembuh jugak kau tu nanti.

SARI : (tersedu-sedu) Hikss… Hikss… Tapi kenapa sekarang Sari suka makan yang masam-masam mak?
IBU : (dengan kesal sambil menjerit) Cukup-cukup la kau berangan SARIPUDDIN. Mak lempang jugak kau nanti. Lelaki mane boleh mengandung!

Cerita 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Cerita 4

Semalam, ada Hamba Allah tumpang tidur rumah saya.
Keesokkannya, Hamba Allah ini memuji betapa selesanya tidur di rumah saya, sebab tak ada langsung walau seekor nyamuk datang mengganggu katanya.

Lantas Hamba Allah ini bertanya, apakah amalan yang saya lakukan.
Saya malas nak puji diri sendiri, tapi amalan ini elok untuk dikongsikan.
Saya cakap dekat hamba Allah itu, Nampak tak rak kasut kayu sebelah kerusi lepak dekat luar?
Dia angguk, dan tanya kenapa.
“Kat situlah saya simpan semua kasut dan selipar”

Dia nampak macam tak faham.
Lalu saya jawab:
“..bila dah sorok semua kasut dan selipar, nyamuk sangka tak ada orang, lalu pergi rumah lain pulak..”

Cerita 5

Sorang pompuan tu… TER beranak dalam lif. Punyalah dia malu… melalak dan tak mau keluar lif… Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni… nak bawa ke hostipal.

“Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal”. “Tak maulah doktor, saya malu”
Kemudian kata doktor tu… “Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu…. TER beranak dalam longkang lagi!!!”

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak…. Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu… “Orang tu sayalah jugak!!!!”…..

————————————————————————-

untuk selebihnya anda boleh baca di KOLEKSI CERITA LAWAK

new icon gif

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.