Daftar Haji 82 Tahun





Daftar Haji 82 Tahun. Semalam berkesempatan untuk pergi ke tabung haji bersama ayah untuk update buku dan masukkan sedikit simpanan ke tabung haji. Tabung haji berhampiran sogo antara yang tidak terlalu sibuk dan tidak ramai orang so kitaorang ambik keputusan untuk berurusan disana.

tabung hajiUpdate buku tidak perlukan nombor hanya pergi ke kaunter dan kurang 1 minit selesai. Tapi sekiranya ingin tambah simpanan kena ambik nombor tapi giliran tidak lah panjang mana kerana tidak ramai orang semalam lebih kurang 6-7 orang sahaja.

Sampai kat kaunter terus buat simpanan.

akak : nak simpan berapa ?
aku : @#&#$$$

akak : taknak daftar haji ka ?
aku : errr.. (akak ni macam tau2 ja) sekejab tak ?

akak : sekejab ja
aku : boleh laa..

tak sampai 3 minit dah siap masukkan duit, update dan daftar haji. Bila tengok date pergi haji terkejut gak sampai 2098 bapak lama nak kena tunggu so aku kena hidup lebih dari 111 tahun kalu hidup la hahaha. Emak daftar haji tahun 2014 ja giliran baru 2068 beza dua tahun lambat daftar dah lari 30 tahun giliran hahaha.. padan muke aku lambat daftar hahahaha..

tapi takpa boleh buat rayuan.. agak² dah pencen nanti boleh la buat surat rayuan kot kot dapat awalkan 40 tahun hahahaha…

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.