Senarai Sekolah Tutup Akibat Fenomena El-Nino





Senarai Sekolah Tutup Akibat Fenomena El-Nino. Berdasarkan pemantauan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM terhadap cuaca kering dan panas yang sedang melanda negara sekarang mendapati beberapa daerah dan kawasan khususnya di utara semenanjung sehingga hari ini 21 Mac 2016 telah mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah celcius secara berterusan dan melebihi 72 jam.

Sehubungan itu KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Perlis dan negeri Kedah akan ditutup selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Mac 2016 (selasa dan rabu). Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas ini.

El NinoPenutupan ini akan melibatkan sejumlah 853 buah sekolah iaitu 232 buah sekolah menengah dan 621 buah sekolah rendah. Manakala jumlah murid terlibat adalah seramai 413,786 orang. KPM ingin menegaskan bahawa bagi maksud penutupan ini, ia hanyalah melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja. KPM juga memaklumkan bahawa penutupan sekolah di kedua-dua negeri tersebut adalah tidak perlu diganti.

untuk maklumat penuh anda boleh klik gambar diatas.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.