Cara Memohon Duit Khairat Kematian BR1M





Cara Memohon Duit Khairat Kematian BR1M. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Sekiranya anda adalah waris kepada penerima BR1M adalah HAK ANDA untuk mengambil insurans yang telah didaftarkan pada penerima BR1M setiap tahun. Sebagai waris anda berhak menerima RM 1,000 daripada Skim Khairat Kematian.

Cara Memohon Duit Khairat Kematian BR1M

1. Pastikan anda adalah waris BR1M atau membawa waris penerima BR1M.
2. Pastikan anda membawa bersama anda :
* Sijil Kematian
* Kad Pengenalan Waris

3. Pergi ke BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) berhampiran anda dan nyatakan anda ingin memohon skim khairat kematian penerima BR1M.
4. SELESAI.

PEMBERITAHUAN

1. Rayuan BR1M 2016 bermula pada 15 Mac 2016 hingga 15 April 2016 dengan mengisi Borang Rayuan BR1M 2016 (BK-07) dan mengemukakan bersama dokumen sokongan berkaitan ke Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Tranformasi Bandar (UTC).
Borang Rayuan BR1M 2016 (BK-07)

2. Kaunter Rayuan BR1M hanya dibuka pada waktu pejabat sahaja di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Tranformasi Bandar (UTC).

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.