Maut ketika Menggunakan Telefon Bimbit





Maut ketika Menggunakan Telefon Bimbit. Seorang suri rumah maut apabila sedang menggunakan telefon bimbit dirumahnya. Mangsa dipercayai meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika sedang berbual melalui telefon bimbit.

bahaya

Menurut cerita mangsa terkena renjatan elektrik ketika sedang menggunakan telefon bimbit sewaktu sedang mengecaj telefon. Sudah beberapa kali kita disajikan dengan berita kematian dan renjatan elektrik sewaktu menggunakan telefon ketika caj. Anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematikan dahulu pengecaj serta mencabut wayar caj sebelum menggunakan telefon bagi mengelakkan renjatan.

Faktor telefon bimbit mahupun pengecaj yang tidak ori juga memainkan peranan apabila barang tidak mempunyai cop sirim atau selamat digunakan. Kemalangan boleh berlaku walaupun barang tersebut ori dan adalah lebih selamat sekiranya anda mencabut pengecaj terlebih dahulu sebelum menggunakan telefon bimbit bagi mengelakkan kemalangan atau renjatan berlaku.

Kesabaran anda menjamin keselamatan anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.