Jawapan TNB Kepada Aduan Peningkatan Bil





Jawapan TNB Kepada Aduan Peningkatan Bil. Berikutan viral tentang aduan orang ramai tentang kenaikan bil elektrik satu kenyataan telah dibuat oleh pihak TNB di facebook antara faktor yang menyebabkan kenaikan bil elektrik pengadu.

tnb

Kami merujuk kepada aduan pengguna di media sosial mengenai bil elektrik tinggi kebelakangan ini.

Kebiasaannya cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa, yang secara relatifnya menggunakan lebih banyak elektrik berbanding peralatan elektrik yang lain.

Pengguna pendingin hawa lebih cenderung:

a- menurunkan suhu pada tahap lebih rendah
b- meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa
c- menggunakan pendingin hawa untuk tempoh yang lebih lama

Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik. Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna.

Pengguna yang mendapati bilnya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TNB yang berhampiran.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.