Permohonan Online Rumah Mampu Milik Johor RMMJ





Permohonan Online Rumah Mampu Milik Johor RMMJ. Sekiranya anda warga rakyat Johor dan belum mempunyai rumah adalah dinasihatkan untuk memohon Rumah Mampu Milik JOHOR yang ditawarkan kerajaan untuk membantu rakyat Johor untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sama seperti Rumah Mampu Milik Selangor yang disediakan oleh kerajaan Selangor.

Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Johor RMMJ
– Berkahwin/Bujang
– Warganegara Malaysia, menetap selama 5 tahun di negeri johor dan berumur 18 tahun keatas.
– Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJB.
– Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ.
– Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana / rumah mewah tidak layak untuk memohon.

rumah mampu milik johor
– Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
– Hanya 1 pemilikan sahaja bagi kedai kos sederhana rendah di dalam negeri johor.
– Tempoh sah pendaftaran rumah mampu milik adalah setahun dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon.

Rumah Komuniti Jenis A
* Harga Rumah : RM 42000.00
* Had Maksimum Pendapatan : RM 3000.00

Rumah Komuniti Jenis B
* Harga Rumah : RM 80000.00
* Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00

Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah
* Harga Rumah : RM 150000.00 – RM 220000.00
* Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00

Daftar sekarang untuk permohonan rumah Johor. Sila pastikan anda memberi maklumat diri yang betul dan tepat. Permohonan adalah terbuka kepada semua.

Daftar Permohonan Online Rumah Mampu Milik Johor RMMJ

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari eRumah Johor

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.