Semak Saman Online SMS PDRM JPJ





Semak Saman Online SMS PDRM JPJ. Melalui teknologi sedia anda kini anda boleh Semak Saman Online SMS PDRM JPJ hanya dihujung jari anda. Dengan adanya teknologi dan sistem yang dibangunkan anda hanya perlu layari laman sesawang mahpun dengan SMS untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai saman atau tidak.

Kaedah-Kaedah/Saluran Semak Saman Online SMS PDRM JPJ. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.
saman online
i.    Melalui SMS 15888

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
< NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

ii.    Melalui Internet

Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-

> MyEG Services – www.myeg.com.my
> RILEK e-Services – www.rilek.com.my

* Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.

iii.     Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-

> Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
> Kaunter JPJ yang terpilih
> Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.

Semak Saman JPJ Online

Untuk Semakan Saman JPJ anda perlu layari laman sesawang rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Kaedah-Kaedah/Saluran Bayaran

Bayaran Saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :-
i.      Melalui Internet

Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :
www.myeg.com.my dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
www.rilek.com.my

* Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap
satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.

ii.      Melalui Kaunter ( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit.)

· Kaunter Trafik COPS
Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di semua Ibu Pejabat Polis
Kontinjen dan Daerah.

· Kaunter JPJ yang terpilih
– JPJ Johor Bharu
– JPJ Kuantan
– JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
– JPJ Ipoh
– JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
– JPJ Padang Jawa, Selangor
– JPJ Kuala Terengganu

  · Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah .
– TERMINAL ONE Seremban
– PERANGIN MALL Pulau Pinang
– QUEENSBAY MALL Pulau Pinang
– JAYA JUSCO Ipoh
– THE CURVE Petaling Jaya
– IOI MALL Puchong

iii.      Melalui Mesin ATM Maybank
Bayaran boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut :

   · Langkah 1
>Pilih ‘PayBills’ pada menu utama

            · Langkah 2
>Pilih ‘Pembayaran Saman PDRM’

· Langkah 3
>Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru

· Langkah 4
>Pilih akaun untuk bayaran

· Langkah 5
>Pilih saman perlu dibayar

* Semua bayaran saman tidak dikenakan caj perkhidmatan.
* Pra-pendaftaran tidak diperlukan.

Nota : Senarai kadar kompuan berikut adalah harga asal bagi setiap kesalahan dan harga ini akan meningkat jika lewat bayar.

Lampu Isyarat Kend     RM100
Larang Letak Kenderaan     RM150
Larang Memotong     RM150
Tiada Lesen Kend Motor     RM150
Melebihi Had Laju     RM150
Kesalahan Lampu Merah     RM150
Halangan Lalulintas     RM150
Tak Boleh Buat Pusing U RM150
Lampu Isyarat Kend     RM100
Larang Memotong     RM150
Tidak Pakai Topi Keledar     RM100
Tak Pakai Talipinggang Keledar     RM150
Pandu Guna Alat Komunikasi     RM150
Tidak Pamer “P” Depan/Belakang     RM70
Potong Secara Bahaya-Potong Q     RM150
Memandu Di Lorong Kecemasan     RM300

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.