Perubahan Gred Jawatan RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN





Perubahan Gred Jawatan RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai rasionalisasi skim perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATANantara gred yang mengalami perubahan

Sejajar dengan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai modal insan yang kompeten untuk merealisasikan wawasan negara, maka rasionalisasi skim perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan. Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemaskini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa.

Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian  menyeluruh  terhadap  kesemua 252 skim  perkhidmatan  yang sedang berkuat kuasa, terdapat  skim-skim  perkhidmatan  yang  ditambah  baik,  dijumud dan dimansuhkan. Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan.  Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada
tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah sebanyak 240 skim perkhidmatan.

Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM). Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan  Gaji  Tahunan  (KGT)  kecuali  yang  terlibat  dalam  pemindahan  ke  gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.

jabatan perkhidmatan awam

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN
Kerajaan  bersetuju  untuk  menambah  baik  skim  perkhidmatan  yang  berkuatkuasa melibatkan perkara-perkara berikut:
5.1.penyeragaman  gred  jawatan/kod  gaji  di  gred  lantikan bagi  skim perkhidmatan berkelayakan SPM dan STPM/diploma;

5.2. penambahan lapisan gred kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional;

5.3. peluasan  pemakaian  kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai syarat KMP dalam skim perkhidmatan berkelayakan SPM;

5.4. pindaan nama/kod Klasifikasi Perkhidmatan dan kod gaji;

5.5. pewujudan skim perkhidmatan bersepadu baharu;

5.6. pindaan perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan;

5.7. pemindahan kelayakan masuk sijil politeknik/sijil setaraf STPM daripada skim perkhidmatan berkelayakan SPM kepada skim perkhidmatan berkelayakan STPM/diploma; dan

5.8. penjumudan dan pemansuhan skim perkhidmatan.

Untuk Maklumat Lanjut tentang kenaikan gred dan kenaikan tahunan gaji anda boleh lihat di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.