Rasa Menyesal Shopping Bila...





Rasa Menyesal Shopping Bila… Pernah tak korang rasa menyesal selepas selesai shopping barang dan terasa macam kerugian membeli barang tersebut ? Pernah tak korang rasa macam nak pulangkan semula barang yang dibeli ? atau pernah tak korang rasa macam nak jual balik barang tu ? mesti pernah kan ?

shopping

hari ni off sebelum kerja malam selepas solat jumaat tadi terus ke mall untuk shopping rasa macam dah lama tak shopping untuk diri sendiri. Asyik sibuk kerja dan makan sehingga terlupa nak shopping untuk diri sendiri. Baju kerja pun dah agak usang so hari ni berkesempatan untuk shopping baju kemeja untuk kerja.

Selesai shopping habis bayar dalam perjalanan nak keluar tetiba terperasan ada sale seluar renoma yang mana lebih menarik dari yang aku beli tadi. Tadi baru lepas beli sluar slave lembut tapi seluar renoma ni keras sikit dan warna yang agak menarik dengan harga yang sama. Tetiba rasa menyesal beli seluar slave tadi rasa macam rugi pula bila nak beli satu lagi sebab seluar dah banyak. Dekat 5 minit juga la berfikir depan seluar tu kemudian ambik keputusan untuk tebalkan muka pergi ke kaunter.

aku : saya beli seluar ni tapi abg saya tak minat seluar lembut boleh tukar tak jenama lain ?
cashier : boleh.. encik ambik seluar jenama yang encik hendak bawa resit seluar itu ke kaunter.

kesian abang aku sekati je aku petik nama dia nak tukar seluar lain.. hahaha.. tak kesah la malu sikit dari rasa menyesal silap beli seluar yang tak minat. Alhamdulillah selamat duit aku dari terpaksa membeli 2 seluar sebaliknya hanya tebalkan sikit muka untuk tukar seluar.

jimat jimat.. tak kesahlah apa orang nak cakap yang penting aku tak rugi.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.