Tips dan Cara Belajar Berenang





Tips dan Cara Belajar Berenang. Telah tamat sepuluh buku mengenai berenang dibacanya. Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang. Daripada kuak dada, kuak lentang kupu-kupu sehinggalah dengan gaya bebas.

Namun satu perkara masih menjadi kemusykilan, dia masih tidak pandai berenang!!.

“Kau perlu ada guru. Jangan hanya membaca buku” Nasihat seorang temannya.
snorkeling
“Baiklah. Mulai esok aku akan berguru”

Esoknya..

Tips dan Cara Belajar Berenang

“Mula-mula kita belajar mengapung diri”, kata guru yang mengajarnya.

“Baik”, kemudian?

“Julurkan tangan kanan ke hadapan dan tarik ke belakang dan sebelum sampai tangan tu ke belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan balik gerakan seperti tadi. Lakukan berulang ulang”

“Kedudukan kaki macam mana?”

“Kaki hendaklah menguak air serentak dengan kuakan tangan” kata guru itu.

“Perut, dada dan kepala bagaimana?”

Berbuih mulut gurunya mengajar dan memberi penerangan, tetapi anak murid itu terus bertanya dan bertanya.

“Frust, susah betul mengajar anak murid yang satu ni” keluhnya. “Engkau belajar sahajalah dengan guru saya”

“Wah tentu hebat belajar dengan guru kepada guru!, tentu guru ini mampu menyelesaikan kekusutan ini” bisiknya.

Setiba di sekolah renang yang baru, dia terus dibawa ke tepi kolam renang. Sebaik sahaja meletakkan barang-barangnya, guru tersebut terus menolak murid itu ke dalam kolam.

“TOLONG, TOLONG!, saya tidak pandai berenang!”

Guru itu cuma melihatnya dengan selamba.
Murid tersebut tenggelam timbuldalam kolam. Dia mula panik, terdesak dan mula mengingat semula ilmu renang yang telah dipelajarinya. Tangan, kaki, perut dan dadanya digerakkan mengikut apa yang telah dipelajarinya.

Dia benar-benar terdesak!, Akhirnya, tanpa disedari dan menduga..badannya mula terapung dan dia sudah mula berenang.

—————–
Pengajaran
—————–
Cara belajar yang paling berkesan adalah dengan mempraktikkan apa yang dipelajari. Untuk mendapat pengalaman, ilmu perlu diamalkan. Setelah diamalkan barulah apa yang dipelajari dialami.

kredit: Majalah solusi
‪#‎bahagiandakwahjakim‬

[p/s… HANYA SEBAGAI RENUNGAN jangan korang pi terajang member korang lepas tu dedua tak reti berenang sudah laa.. naya nanti..]

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.