Bahaya Menghadap Komputer Terlalu Lama





Bahaya Menghadap Komputer Terlalu Lama. Seseorang yang terlalu lama mengadap komputer boleh menghadapi penyakit pembekuan darah yang teruk khususnya di bahagian betis yang dikenali sebagai Ethrombosis. Menurut majalah jurnal Respiratori Eropah, seorang lelaki berumur 32 tahun menderita penyakit bengkak buah betis dan hanya pulih selepas 10 hari.

Bahaya Menghadap Komputer Terlalu Lama

Bahaya Mengadap Komputer
Bahaya Mengadap Komputer

Bagaimanapun, pada minggu berikutnya, dia mengalami masalah pernafasan sehingga hampir pengsan. Masalah pembekuan darah biasanya terbentuk apabila seseorang itu duduk terlalu lama. Ia terbentuk pada pembuluh darah yang kemudiannya pecah dan merebak ke paru-paru.

Keadaan ini berpotensi untuk membentuk pembekuan darah pada pembuluh atau jantung yang berbahaya (DVT). DVT berlaku apabila aliran darah terhalang dalam pembuluh dan membentuk pembekuan. Ia juga berlaku disebabkan pengaliran darah yang bermasalah seperti penyakit jantung, berhadapan dengan serangan berkaitan jantung atau rehat yang panjang.

Bagi mengelakkan daripada diserang penyakit Ethrombosis, seseorang itu hendaklah berehat sekejab ketika menggunakan komputer dan melakukan sedikit senaman seperti menggerakkan pergelangan atau jari kaki dan bangun serta menegakkan kaki sekurang-kurangnya selama sejam. Dia juga perlu minum air dan elak daripada minum minuman yang beralkohol. – FOMCA

Sumber : HMetro 15 Mac 13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.