Kerja Kosong Setiausaha Lembaga Tabung Haji





Kerja Kosong Setiausaha Lembaga Tabung Haji. Kerja Kosong Setiausaha Lembaga Tabung Haji. Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut :-

Kerja Kosong Setiausaha Lembaga Tabung Haji

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam Pengurusan Sistem Pejabat atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan;
ii. Memiliki Diploma Kesetiausahaan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan;
iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

tabung hajiKeutamaan:
iv. Mempunyai kemahiran interpersonal, keperibadian terpuji, sentiasa komited, teliti dan pro-aktif;
v. Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta mahir dalam mengendalikan komputer.

1.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
i. Mengurus dan merekodkan semua surat/ dokumen masuk/ keluar serta memfailkan ke dalam fail-fail berkaitan termasuk membuat salinan yang mencukupi untuk edaran kepada pegawai-pegawai yang memerlukan tindakan segera;
ii. Memasti dan menentukan tindakan ke atas surat/ dokumen/ e-mel yang telah diambil tindakan/ minit Ketua Pejabat supaya diedarkan kepada pegawai berkaitan untuk tindakan selanjutnya;
iii. Menyimpan, menyelaras, mengawal dan mengemaskini sistem fail dan dokumen;
iv. Menyedia dokumen dan menjawab surat-surat seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pejabat;
v. Menetapkan segala temu janji, mesyuarat, seminar/kursus dan sebarang program yang melibatkan Ketua Pejabat;
vi. Merancang dan mengawal selia jadual kerja/ diari/ kalender Ketua Pejabat seperti menyelaras mesyuarat, temu janji/ urusan perjalanan mengikut kepentingan supaya semua aktiviti yang dijadualkan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertindihan;
vii. Menyemak folder mesyuarat dan menyediakan checklist isu-isu penting mesyuarat untuk panduan Ketua Pejabat;
viii. Mengendalikan urusan persediaan mesyuarat seperti dokumen, tempahan bilik mesyuarat dan sebagainya;
ix. Berperanan dan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail di pejabat Ketua Pejabat;
x. Menguruskan bil dan tuntutan seperti menaip borang-borang tuntutan perjalanan, permohonan pendahuluan diri, bil-bil telefon dan bil-bil utiliti;
xi. Urusan tempahan tiket, penginapan bagi pihak Ketua Pejabat;
xii. Menguruskan lain-lain keperluan Ketua Pejabat seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Untuk Memohon Layari Kerja Kosong Tabung Haji

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.