Hukum Menjual Barangan Tiruan





 Hukum Menjual Barangan Tiruan. SOALAN: Assalamualaikum nak bertanya bolehkah jual barang tiruan? Kualitinya sama tetapi jenama tiruan.

Hukum Menjual Barangan Tiruan

Berhenti

JAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Jika suatu barang itu dipatenkan dan dimiliki hak ciptanya oleh seseorang, maka hendaklah diminta izin daripadanya terlebih dahulu, jika tidak, maka boleh membawa kepada kezaliman mengambil hak orang lain.

Sebaiknya, barang-barang yang dijual tidak diletakkan jenama atau logo yang membuat orang salah faham dan penipuan ia menyerupai produk lain yang memiliki perlindungan hak cipta dan paten.

Aktiviti menjual barang tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

Wallahua’lam.

Sumber : MuftiWP

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.