Nasi Ganja Restoran Yong Suan Ipoh





Nasi Ganja Restoran Yong Suan Ipoh. Terletak di bandar ipoh Nasi Ganja Restoran Yong Suan Ipoh merupakan tempat makan pilihan masyarakat terutamanya warga ipoh dan sekitar yang akan singgah makan terutamanya pada waktu tengahari untuk makan nasi berlauk.

Nasi Ganja Restoran Yong Suan Ipoh

nasi ganjaSelepas puas berehat selepas mendaki bukit kledang ipoh kitaorang berkesempatan yang menunaikan hajat seorang rakan yang mengidam untuk makan nasi ganja ipoh yang dikatakan pemes dan antara yang tersedap di ipoh.

Terletak di tepi jalan dijalan utama antara sebab mengapa restoran ini sentiasa penuh dan beratur untuk mendapatkan makanan. Sekiranya anda ingin makan sila cari meja dan duduk pelayan akan datang kepada anda. Sekiranya ingin bungkus anda perlu beratur sekiranya tidak bernasib baik anda akan beratur sampai ke kedai sebelah.

Harga makanan biasa sahaja 3 orang makan dalam RM 16.50 gitu dalam RM 5.50 seorang untuk nasi + ayam + telur masin + timun + ganja (biasa) yang penting meja sekiranya korang duk tengok lauk sampai kesudahlah korang tak dapat meja seeloknya wakilkan seorang untuk booking meja kosong sewaktu korang pilih lauk (gilir-gilir) sebab kedai sentiasa ramai orang terutamanya waktu cuti.

Nak lagi sedap bila korang makan nasi ganja ni diselitkan dengan makan Cendol Abang Hensem Sado yang terletak di Hadapan Restoran Nasi Ganja ini. Nantikan artikel Cendol Abang Hensem Sado akan datang.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.