Hukum dan Aurat Jururawat Melipat Lengan Baju





Hukum dan Aurat Jururawat Melipat Lengan Baju. Berikut merupakan persoalan yang ditanyakan tentang hukum aurat petugas wanita kesihatan seperti doktor dan nurse yang mendedahkan lengan mereka ketika merawat pesakit. Adakah ia dibenarkan atau tidak ?

Hukum dan Aurat Jururawat Melipat Lengan Baju

pembedahan
kredit : Mufti Wilayah Persekutuan

Waalaikumussalam. Kami telah ditanyakan oleh wakil IJN berkenaan isu ini semasa kunjungan kami ke sana tempohari. Setelah meneliti dengan jelas dan tekun isu ini, kami berpendapat hukumnya adalah dibolehkan dalam keadaan tersebut. Bahkan ia merupakan salah satu daripada cara untuk mengelakkan jangkitan kuman kerana selepas itu ia sentiasa dibasuh. Hal ini menepati kaedah fekah:

المَشَقَّة تَجْلِبُ التَّيْسِير

Maksudnya: Kepayahan itu mendatangkan kemudahan.

Dalam isu ini, kami bertaklid kepada pendapat mazhab Hanafi yang menganggap lengan bukan sebahagian daripada aurat wanita atas dasar dharurat. Begitu juga kami mengambil kira keadaan keperluan yang mendesak dalam membantu pesakit yang memerlukan pertolongan. Semoga pencerahan ini dapat meredakan kegusaran yang bermain dalam ruang legar fikiran kita. Pun begitu, sekiranya berada di dalam keadaan yang biasa, maka mazhab Syafie tidak membenarkan untuk mendedahkan lengan. Wallahu A’lam.

Rujuk pautan berikut http://goo.gl/3h3Spf

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.