Puncak Bukit Sapu Tangan Taman Botani Negara Shah Alam





Puncak Bukit Sapu Tangan Taman Botani Negara Shah Alam. Akhirnya setelah beberapa lama perancangan untuk bergambar di Puncak Bukit Sapu Tangan Taman Botani Negara Shah Alam akhirnya tercapai juga. Sabtu lepas selepas subuh tunggu member datang terus bertolak ke shah alam.

Puncak Bukit Sapu Tangan Taman Botani Negara Shah Alam

puncak bukit sapu tanganSampai di shah alam terus cari kedai makan. Plan nak minum ja sekali terlepak kedai roti canai maka sumbatlah sarapan roti canai sebelum mendaki kena pulak teh o ais perghh berat berat. Dalam setengah jam terus bergerak ke Taman Botani Negara Shah Alam.

Bila dah letih selfie pengubat keletihan maka terjadilah gambar ini. “Hati-hati rusa kacukan melintas” hahaha.

bukit sapu tanganPelan asal nak mendaki bukit sapu tangan yang member kata tinggi 120m sahaja tapi jalan ke simpang je dah 2.2km masuk kedalam je dah 1.8km ingat sekejab je sekali makaihh lencun gak baju.

comel tak.. comel tak.. ? kat sini sangat sesuai untuk bergambar seperti lorong dan view dia sangat smart.

abgferoz

Penat memang penat tapi alhamdulillah berjaya juga mendaki sehingga ke puncak tapi agak sedikit sedih kerana tidak dapat mendaki menara peninjau disebabkan tangganya telah rosak tetapi masih ada yang memanjat naik ke menara tinjau. Walaupun boleh naik tapi agak berbahaya maka kitaorang buat keputusan untuk tidak naik ke menara peninjau (aku tak kahwin lagi woii..).

Lepas turun dari puncak bukit sapu tangan kitaorang singgah di Empangan rehat sambil ambil angin di empangan kemudian meneruskan perjalanan ke Rumah Empat Musim singgah minum air dan akhirnya tunggu trem datang jemput kitaorang turun (gila dekat 3 jam duk dalam ni tak larat dah nak turun).

Balik daripada hiking di Bukit Sapu Tangan kitaorang buat keputusan untuk singgah pula di cendol durian (padahal dari awal lagi memang dah pelan WAJIB singgah cendol durian). Cendol durian ini terletak di ntah terlupa tempat dia hahaha tapi korang boleh ‘search’ nama Markonah food & co dan korang akan dapat lokasi kedai cendol durian ini.

Harga cendol biasa RM5 dan cendol durian RM10. Sebelum makan kacau2 dulu then korang rasa sendiri nikmat makan cendol durian ni terutamanya lepas keletihan mendaki.

cendol durian

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.