Pengalaman Menjadi Maskot Rimau





Pengalaman Menjadi Maskot Rimau. Alhamdulillah telah tamatnya Para Games 2017 yang telah melabuhkan tirainya pada 23 September 2017 menanda berakhirnya tugas aku sebagai sukarelawan. Setiap hari yang dilalui terasa sekejab sangat sehingga tidak sabar untuk bertugas pada hari esoknya.

Pengalaman Menjadi Maskot Rimau

rimau sukanseaTugas sebagai sukarelawan paragames lebih mencabar dari tugas sukarelawan sukan sea yang mana para games melibatkan mereka yang kelebihan upaya akan tetapi mereka lebih mudah bermesra dan ramah tidak seperti yang aku bayangkan oleh itu tugas jadi lebih menarik dan seronok.

Sewaktu Sukan Sea tidak berkesempatan untuk bergambar dengan rimau yang merupakan maskot untuk sukan pada kali ini akan tetapi yang lebih menarik pada kali ini untuk para games aku berkesempatan dan diberi peluang untuk menjadi rimau itu sendiri.

maskot rimauBerbangga, Seronok dan sedikit letih itu yang dapat aku gambarkan sewaktu memakai maskot rimau ini. Ketika orang lain menjalankan tugas seperti biasa aku pula ditugaskan untuk memakai maskot rimau yang merupakan maskot Sukan Sea dan Para Games KL2017 gila tak bangga. Merata-rata pergi orang akan pandang. Setiap langkah dan tingkahlaku pasti ada mata memerhati.

Paling seronok bila tak sampai beberapa langkah pasti ada yang menahan rimau untuk bergambar dah rasa macam artis. Rasanya lebih 200 gambar diambil tak sampai 3 jam memakai maskot. YA hanya 3 jam yang mampu bertahan untuk aku pakai maskot ni. Walaupun mempunyai kipas dibahagian muka dengan kepala yang berat dan ruang udara yang kurang menyebabkan aku cepat letih dan kurang udara segar. Belum kira lagi muka dan satu badan lencun dek peluh.

Walaupun begitu aku tetap seronok dan tak sabar untuk memakai maskot setiap kali diberi peluang. Begitu juga dengan kawan-kawan lain yang turut mengambil giliran dan tidak sabar untuk memakai maskot yang menjadi kegilaan orang ramai.

volunteer ADTPenyerahan cenderahati dari TEAM MAHB Airport kepada mereka yang pernah menjadi maskot rimau yang bertugas di KLIA dan KLIA2

maskot rimauWalaupun agak sedikit sedih tidak dapat menghabiskan tugas para games kerana terpaksa berkursus kerja di cherating, hati tetap berada bersama kawan-kawan yang bertugas. Setiap masa pasti akan melihat update dari rakan-rakan volunteer lain dalam group wassap seolah-olah separuh dari diri ini tetap berada disana untuk menghabiskan tugas.

volunteer abgferoz

Antara kenangan terindah dalam hidup ini. Terima kasih diatas peluang dan ruang yang diberikan. Alhamdulillah…

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.