Arca Putrajaya Tarikan Baru di Putrajaya





Arca Putrajaya Tarikan Baru di Putrajaya. Wilayah Persekutuan Putrajaya semakin menarik untuk dikunjungi apabila telah wujudnya satu lagi mercu tanda baharu iaitu arca Putrajaya. Arca ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Arca Putrajaya Tarikan Baru di Putrajaya

arca putrajaya foto : Media Sosial PPj

Arca Putrajaya itu dibina pada ketinggian 2.4 meter (lapan kaki) yang dikukuhkan dengan asas tapak huruf berkelebaran 1.5 meter (lima kaki) dengan panjang keseluruhan huruf sepanjang 22 meter (66 kaki) itu dibina daripada ‘stainless steel’ supaya tidak berkarat dan tahan lasak.

Arca Putrajaya yang terletak di Dataran Putra, Presint 1 dengan latar belakang bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.

Pembinaan arca hasil inspirasi pegawai-pegawai muda PPj. Arca Putrajaya yang direka dengan imej abstrak warna-warni ini boleh ditukar ganti mengikut sambutan dan tema.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.