TERKINI Bantuan Sara Hidup BSH Untuk Bujang RM100





TERKINI Bantuan Sara Hidup BSH Untuk Bujang RM100. Sebelum ini kerajaan hanya menyediakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bagi mereka yang berkeluarga dengan menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak dibawah tanggungan. Akan tetapi hari ini Kementerian kewangan telah menyatakan akan membuat bayaran RM100 kepada bujang.

TERKINI Bantuan Sara Hidup BSH Untuk Bujang RM100

Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018. Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 Juta.

Berhubung dengan bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my.

Untuk Permohonan Atau Maklumat Lanjut lihat di : Permohonan BSH

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.